Thursday 1 December 2011

No. 1 Dress (30.11.11)

I have a No. 1 Dress. I am a professional. I wear that dress for special functions like today FELLOW at PICC. I love my profession. THANX DAD for motivating me to be what I am today.

Hari ini juga merupakan hari ulang tahun kembalinya arwah mak ke Rahmatullah pada 9 April 2000 (4 Muharam jua). Arwah tinggalkan keluarga pada awal pagi selepas Subuh dan ketika menyediakan sarapan - nasi goreng.

Dengan apron biru dipakai arwah, pisau di tangan kanan, arwah mak rebah jatuh terlentang ke belakang di sinki. Masa aku turun ke dapur aku letak telapak tangan di hidungnya.. memang masih terasa nafasnya.. bila ku selak kelopak matanya, arwah mak seolah-olah sedang melihat sesuatu di hadapannya tanpa berkedip. Muka arwah tenang sekali.. Lain kalilah i citer detailnya. Dah rasa sebak nie.. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment